Pulangkan
“Amir, Amir,
bangun nak. Dah
pagi ni, pergi
siap untuk ke
sekolah. Tolong kejutkan
adik kamu tu.”
Lembut sahaja suara
Pn. Hafizah mengejutkan
anaknya. Amir bangun
dan duduk sebentar
atas tilamnya. Setelah
hilang ngantuknya, Amir
pergi sebelah adiknya
yang masih dibuai mimpi.
“Siti, bangun. Dah
pagi ni. Cepat
bersiap nanti lambat
Siti pergi taska.”
Amir mengejut adiknya dengan
penuh kasih sayang.
“Tapi bang, kenapa
Siti perlu bangun
awal? Dulu Siti
bangun lewat tak
apa.” Kata Siti.
Amir simpati melihat
adiknya itu lalu
menjawab “Siti, waktu
itu ayah tolong
hantarkan Siti. Tapi
sekarang ayah dah
tiada jadi abanglah
yang perlu hantar
Siti, tetapi abang perlu
pergi sekolah juga
jadi Siti kenalah
pergi sekali.” Siti
menjawab “mengapa ayah
perlu pergi bang?
Siti rindukan ayah.
Ayah dah tak
sayang kami ke
bang?” Sayu hati
Amir mendengar kata-kata
adiknya itu. “Siti,
janganlah cakap begitu,
mestilah ayah sayang
kita semua tapi
apakan daya Allah
lebih menyayanginya.” Siti
berkata lagi “tapi
bang, Siti tak
suka pergi awal
sebab kawan-kawan Siti
belum sampai lagi, Siti
seorang diri saja disitu.”
“Apa kata Siti
bawa buku-buku cerita
Siti, sambil menunggu
Siti boleh baca
buku.” Jawab Amir. “Baiklah bang” Siti
menjawab. Setelah
selesai bersiap, Amir
pergi ke dapur untuk
menolong ibunya menyiapkan
sarapan. “Sarapan apa
pagi ni ibu?” Amir
menanya ibunya. Pn.
Hafizah pun menjawab
“roti sapu kaya
saja nak. Amir tolong
bancuhkan air teh
itu. Nanti tuangkan
untuk adik ya
biar sejuk sikit
senang dia nak
minum nanti.” “Baik
ibu,” jawab Amir.
Seperti biasa
selepas sarapan pagi
Amir memimpin tangan
adiknya dan menghantarnya
ke taska sebelum
ke sekolah. “Kita
dah sampai! Siti belajar elok-elok ya, jangan
nakal-nakal dekat taska.
Nanti Siti tunggu
abang dekat sini
ya, jangan ke
mana-mana.” Pesan Amir
kepada adiknya. “Abang jangan lambat ya,
kesian Siti tunggu
sini seorang.” Siti berkata.
“Yes boss!” Amir
menjawab sambil angkat
tabik. Siti ketawa keriangan sambil
melambai tangannya. “Abang
hati-hati ya. Byebye !!” “Byebye Siti!”
Amir menbalas
lambaian adiknya lalu sambung berjalan
kaki menuju ke sekolah. Di
sekolah, ketika Amir
sedang menuju ke
kelas ada seorang
menepuk bahunya dari
belakang “Hai Amir,
jalan seorang saja?”
Amir menoleh dan
melihat dua rakan rapatnya
Fariz dan Akram.
“Siapa jalan seorang?
Aku jalan bersama
kamu berdualah.” Amir jawab dengan nada bergurau.
Mereka bertiga lalu sambung perjalanan
menuju ke kelas.
Tibanya mereka di
sebuah kelas yang
di pintunya jelas
tertayang nama ‘5 Ibnu Sina’. Itulah
kelas mereka bertiga
yang sering keriuhan.
Amir duduk di
tempat duduknya dan membuat persiapan
sebelum guru masuk
untuk memulakan pelajaran.
Loceng pada
pukul 10:50 pagi
bedering menandakan tiba
waktu rehat. Amir
bersama-sama rakannya menuju
ke kantin. Seperti
biasa Amir hanya
duduk di meja
menunggu rakan-rakannya membeli makanan.
Amir tidak membeli
kerana dia membawa
bekal dari rumah.
Fariz dan Akram
faham akan Amir
yang selalu membawa
bekal kerana ibunya
tidak mampu memberinya
wang saku untuk
dibelanjakan di sekolah.
Kadang kala mereka
bertiga kongsi makanan
mereka bagi menjaga
hati Amir. Apabila
habis waktu persekolahan
Amir tergesa-gesa menyimpan
barang lalu keluar
dari kelas. “Amir!
Kenapa tergesa-gesa sangat?”
Tanya fariz, “aku nak ambil
adik aku balik
dari taska !” “ooh ya
lupa pula aku.
Ok jumpa esok !” Amir
berjalan pantas menuju
ke taska adiknya.
“Assalamualaikum! Cikgu, saya
datang hendak ambil
adik saya pulang.”
Siti mendengar suara
abangnya lalu berlari
ke pintu. “Abang
dah sampai! Cikgu
cepatlah buka pintu
abang saya dah
sampai.” “Sabar Siti,
cikgu nak bukalah ni.”
Cikgu Fatin membuka
pintu taska yang
berkunci itu. Siti
terus berlari keluar
menyambut tangan abangnya.
“Siti tak salam
cikgu Siti ke?”
kata Amir. Siti lalu
pergi ke cikgunya
dan menyalam tangan
cikgunya. “Untung kamu
ada abang macam
Amir, Siti” Cikgu Fatin
berkata kepada Siti.
Siti menjawab “Saya
tahu.” sambil tersenyum.
Cikgu Fatin melihat dua
beradik itu pergi
sambil berkata pada
dirinya “bagusnya Amir,
menjaga adiknya dengan
baik. Pandai Encik Rusly dan
Pn. Hafizah mendidiknya.”
Dalam perjalanan
pulang Amir berbual
dengan adiknya. “Siti
belajar apa hari ini?”
“Siti belajar melukis !”
“Wah! Hebatnya, mesti
Siti pandai lukis
abang.” “Boleh ! nanti
dekat rumah Siti
lukis abang” “baguslah
adik abang. Nanti
abang bawa Siti
jalan-jalan ya. Kita jalan
tepi pantai nak?”
“Nak! Siti nak
main air sekali
boleh?” “Itu Siti
perlu tanya ibulah.”
“Abang tanyakanlah..” “Eh! Abang
pula yang kena tanya?”
“Ala.. bolehlah” Siti memujuk abangnya dengan
nada yang manja.
Amir tersenyum lalu berkata
“yelah, tapi dalam satu
syarat” “Apa dia?” “Abang
nak main sekali
dengan Siti” Siti
ketawa dan berkata
“memanglah abang kena
main sekali, tak kan
Siti nak main
tak berteman.” “Kalau
macam tu ok
lah.” Apabila sampai
di rumah Amir
ternampak ibunya sedang
menyidai kain di
luar. Amir dan
Siti menyalam dan mencium
tangan ibunya. Amir
berkata “Kenapa ibu
susah-susah buat kerja?
Biar Amir sambung
sidai kain ni,
ibu pergilah masuk
rehat.” “Amir kan
baru pulang dari
sekolah, pergilah rehat
dulu.” “Tak apa, ibu kan
sakit lutut, biar Amir
saja yang sidai.”
Pn. Hafizah tersenyum dan
menuju masuk ke
rumah. “Ibu, sebelum
ibu masuk boleh
tak Amir dengan
Siti nak pergi
main air dekat
pantai petang ini?”
“Hendak buat apa main
air?” Dahi Pn. Hafizah berkerut
menanya “Alah ibu,
biarlah Si Siti itu
nak main sekejap, asyik terperap
dalam rumah” “hmm,
yelah jaga adik
kamu baik-baik nanti.”
Amir senyum lebar
selepas ibunya memberi
kebenaran untuk ke
pantai.
Jam
menunjukkan pukul 5 petang. Siti yang sedang
melukis di ruang tamu berlari
ke abangnya. “ Abang!
Dah pukul 5,
jomlah kita ke
pantai.” Amir menjawab
“sebentar ya abang nak
siapkan kerja rumah
abang ni. Sekejap saja.” “adik tolong ambilkan
tuala abang ya.” Mereka pun
pergi ke pantai
yang tidak jauh
dari rumah mereka.
Di sana mereka
bermain sepuas hati.
Pelbagai perkara yang
mereka lakukan salah
satunya membina istana
pasir. Apabila penat
bermain, Amir duduk
meribakan adiknya. Mereka
hanya duduk melihat
matahari petang. Tiba-tiba
Siti berkata “Abang
ingat tak dulu
ayah bawa kita
bermain di sini, ketika
itu ibu masih
sihat. Siti rindulah
suasana itu.” Amir
hanya mampu mendiamkan
diri. Siti sambung
“Siti rindu sangat
akan ayah. Siti nak minta
maaf dekat ayah
sebab dulu Siti
degil. Siti nak cium
pipi ayah lagi. Siti nak
rasa pelukkan ayah
sekali lagi. Kalaulah
Allah memberi Siti
peluang untuk bersama
ayah, Siti akan
buat semua itu.”
Air mata Siti
mula membasahi pipinya.
Amir mengelap air
mata Siti sambil
berkata “Siti, abang rindu
ayah juga, sekarang
kita masih ada
ibu kan? Siti kenalah
buat baik dengan
ibu. Jaga ibu
baik-baik, ikut cakap
ibu.” Siti hanya mampu
mengangguk. Mereka lalu
pulang ke rumah.
Selepas selesai makan
malam Amir menyambung
kerja rumahnya dan
mengulang kaji perlajaran.
Tiba-tiba dia mendengar
ibunya terbatuk-batuk lalu
dia pergi berjumpa dengan ibunya.
“Ibu ok ke?
Amir rasa penyakit
ibu makin teruk.
Ibu tak nak
pergi klinik ke?”
kata Amir. Pn.
Hafizah berkata “Amir,
ibu tak ada
duit nak, macam mana
ibu hendak membayar
tambang nanti, hendak
beli ubat lagi.”
“tapi Amir tengok
ibu makin teruk.” Amir
kerisauan. “Amir jangan
risaukan ibu, Amir
hanya perlu belajar
rajin-rajin saja ya.”
Amir hanya memdiamkan
diri.
Keesokan harinya,
Amir menghantar adiknya
dan pergi ke
sekolah seperti biasa.
Di sekolah Amir
sering menguap. Guru kelas Amir,
Pn. Faridah bertanya
“kamu mengapa Amir?
Asyik menguap saja, kamu
tak cukup tidur
ke?” “Ibu saya
tidak sihat cikgu,
saya lihat sakitnya
makin teruk. Malam
semalam saya menjaganya
hingga lewat malam.”
Amir menjawab pertanyaan
cikgunya. Walauapapun Amir,
saya harap kamu
tetap fokus dalam
kelas. “baiklah cikgu”
Amir menjawab. Selepas
waktu persekolahan Amir
membawa adiknya pulang
ke rumah. Dalam perjalanan
Amir pesan kepada
adiknya, “Siti, abang
hantar Siti balik
lepas itu abang
hendak keluar.” “abang
hendak ke mana?”
Siti soal. “abang
nak buat kerja
dengan kawan abang.”
Kata Amir. Di
rumah, Pn Hafizah menanya
Siti ke mana
abangnya pergi. Siti
menjawab seperti mana
kata-kata abangnya. Di
luar Amir pergi
dari rumah ke
rumah meminta kerja.
Pelbagai kerja yang
diberikan, sebagai contoh
menyapu daun-daun kering di
laman rumah, membasuh
kereta, memetik buah
rambutan dan pelbagai
lagi. Tiba di
surau Amir menyapu
surau dan membersihkan
tandas surau. Tok
Imam bertanya, “mengapa
kamu melakukan semua
ini Amir?” Amir
menjawab dengan jujur
“Ibu saya sakit
Tok, makin tenat
saya melihatnya. Jadi
saya cari kerja
untuk kumpul duit.
Saya hendak membawa
ibu saya ke
klinik.” Tok Imam bertanya
lagi
“duit ibu kamu
memjual kuih tidak
cukup ke?” “Duit itu cukup-cukup untuk
makan minum kami
Tok. Biarlah saya
usaha sikit untuk
ibu saya.” Amir
menjawab pertanyaan Tok Imam.
“Bagus betul kamu
ni Amir. Saya
pasti ayah kamu
mesti bangga dengan
kamu.” Tok Imam memuji.
“Terima kasih Tok.” Ucap
Amir. Hampir pukul
6 Amir mampu
mengumpul sejumlah wang.
Namun masih belum
cukup untuk membawa
ibunya ke klinik.
Amir bercadang untuk
menyambung esok. Amir
pulang ke rumah
dan disambut ibunya.
“Amir pergi mana?
Dah petang baru
balik rumah?” “Amir
buat kerja dekat
rumah Akram ibu.”
Amir menipu kerana
tidak mahu ibunya
mengetahui dia mencari
duit. Kalau ibunya
tahu sudah pasti
ibunya melarang dan
menyuruhnya fokus pada
pelajaran. Selesai sahaja
solat isyak Amir
menyiapkan kerjanya yang
tertangguh. Malam itu
Amir perlu menyiapkan
kerja rumah dan
mengulangkaji pelajaran. Biasanya
Amir menyipkan kerja rumah
pada waktu petang
dan mengulangkaji pelajaran
pada waktu malam.
Di sebabkan petang dia sibuk bekerja
maka malam itu
dia terpaksa tidur
lewat.
Ketika di
sekolah Amir sering
mengantuk di dalam
kelas. Fariz bertanya,
“Amir, kenapa kau
asyik mengantuk saja?
Dulu kau tak
macam ini.” Amir
menjawab “aku nak
buat macam mana
Fariz? ibu aku
tak sihat, asyik
terbatuk-batuk saja. Kalau
batuk biasa lain cerita
tetapi ini teruk batuknya.”
“habis tu kenapa
kau mengantuk?” tanya
Fariz. “Petang aku
kerja cari duit
nak bawa ibu
aku pergi klinik
jadi malam saja
waktu aku perlu
menyiapkan kerja rumah
dengan mengulangkaji pelajaran.”
Amir menjawab. “ Ya
Allah, ni rupanya
kerja kau sampai
jadi mengantuk di
sekolah. Macam ni lah Amir,
apa kata kau
kumpul duit untuk
beli ubat saja.
Nak ke klinik
itu biar kau
tumpang aku.” Mendengar
kata-kata itu Amir
terus menjawab sambil
tersenyum. “boleh ke Fariz?
Tak menyusahkan ayah
kau ke?” Fariz
jawab dengan senyuman “tak
susahlah, kau cakap
saja bila kau
nak pergi nanti
aku jemput.” “Alhamdilillah, nasib
baik aku ada
kawan macam kau.”
Amir memuji “Apa
gunanya kawan Amir.
Daripada aku lihat
kau mengantuk saja
dalam kelas, dah
lah SPM semakin
dekat. Kau kena
fokus dalam pelajaran
juga kerana SPM
ini menentukan masa
depan kita.” “Baiklah
Fariz, aku tak akan
hampakan kau dan
ibu aku.” Mereka
berdua senyum lebar.
Setelah beberapa
hari mengumpul wang,
akhirnya Amir dapat
membawa ibunya ke
klinik atas pertolongan
Fariz dan ayahnya.
Amir berasa lega
kerana dapat mengurangkan
penyakit ibunya. Pn.
Hafizah berterima kasih
kepada Fariz dan
ayahnya kerana sanggup
membantu mereka. Pn.
Hafizah juga terharu
atas perbuatan anaknya
itu. “Amir, ibu
terharu dengan perbuatan
Amir. Sekarang ibu
dah ada ubat
Amir janganlah risau.
Amir belajar rajin-rajin ya. Kalau
Amir berjaya bolehlah
Amir hidup senang.”
Pesan Pn. Hafizah. “ya
ibu, Amir belajar
rajin-rajin nanti.” Amir
menjawab dengan senyuman.
Malam itu mereka
sekeluarga duduk bersama untuk makan malam.
Amir menanya adiknya,
“Siti, kata nak
lukis gambar abang?”
Siti menjawab “Siti
dah lukislah, cuba
abang masuk bilik
adik. Semua lukisan
adik tampal pada
dinding.” Amir membalas
“kenapa tak cakap
pada abang, boleh
abang tengok. Lepas
makan abang nak
tengoklah.” “Siti ada
lukis gambar ibu
tak?” Pn. Hafizah
menanya. “mestilah ada.”
Siti jawab sambil
tertawa. “eh, Amir ! bila
kamu punya percubaan
SPM?” Pn. Hafizah
bertanya. “lagi tiga
minggu ibu.” Amir
menjawab. “Buat persediaan
awal ya Amir.
Jangan dah nak
akhir baru hendak
mengulangkaji pelajaran.” “yes
boss !” Amir menjawab
selepas mendengar nasihat
ibunya.
Kini Amir
dapat menyiapkan kerja sekolah
dan mengulangkaji pelajaran.
Amir sudah tidak
rasa mengantuk lagi
di dalam kelas
dan dia lebih
fokus dalam pelajaran.
Di sebabkan percubaan
SPM semakin menghampiri
maka Amir perlu
menghadiri kelas tambahan.
Namun tanggungjawabnya terhadap
adiknya tidak dilupakan.
Sebelum mulanya kelas
tambahan, Amir keluar
sekolah dan mengambil
adiknya pulang dari
taska. Selepas selamat
menghantar adiknya balik
rumah, Amir akan
berpatah balik ke
sekolah untuk menghadiri
kelas tambahan. Tiba
masanya Amir menduduki
peperiksaan percubaan SPM. Sebelum
ke sekolah Amir
menyalam dan mencium
dahi ibunya. Amir
berkata “Ibu doakan
Amir dapat jawab
soalan dengan tenang ya
ibu.” Pn. Hafizah
lalu berkata “ibu
sentiasa mendoakan anak-anak
ibu.” Pn. Hafizah memeluk
erat kedua-dua anaknya
sebelum mereka pergi.
Sambil melihat anak-anaknya
pergi Pn. Hafizah
teringat kata-kata doktor yang
merawatnya di klinik
“Pn. Hafizah saya
rasa Puan perlu berjumpa dengan
doktor pakar kerana
kemungkinan Puan menghidapi
penyakit kanser paru-paru.”
Tetapi kerana ketiadaan
wang Pn. Hafizah
tidak mampu membuat
apa-apa, dia hanya
merahsiakan perkara ini
kerana tidak mahu
anak-anaknya risau. Pn. Hafizah berkata
pada dirinya “Ya
Allah, sesungguhnya hayatku
sudah tidak lama.
Engkau jagalah anak-anakku
ini Ya Allah.
Berilah kekuatan kepada
mereka ketikaku tiada nanti
agar mereka dapat
menjalani kehidupan mereka
seperti biasa. Terutamanya
Amir Ya Allah
sesungguhnya SPM semakin
menghampiri. Bantulah dia
Ya Allah agar
dia berjaya dan
dapat menjaga adiknya
dengan baik pada
masa akan datang.
Amin..”
Dua minggu
kemudian, “Abang! Hari ini
hari terakhir abang
periksa kan?” Soal
Siti dengan penuh
kegembiraan. “ya Siti,
kenapa Siti nak
abang habis periksa
cepat?” Amir tanya
adiknya. “Siti bosanlah,
abang asyik ulangkaji
saja. Kesian Siti
tidak dilayan.” “haha.
Kesian adik abang,
Bosan rupanya, baiklah
petang nanti kita
jalan-jalan dekat taman ya?”
“tapi Siti nak
jalan-jalan dekat tepi
pantai.” “kalau macam
tu kita pergi
tepi pantai!” “yey !”
Siti menjawab dengan
senyuman yang lebar.
“Amboi! Gembira sungguh
anak ibu seorang
ini, pergi sana
nanti hati dengar
cakap abang kamu
tu.” Pn. Hafizah
memesan anak perempuannya.
“baik ibu !” Siti
melemparkan senyuman manis
kepada ibu kesayangannya. Amir
hanya tersenyum melihat
gelagat adiknya itu.
“Siti jomlah, dah pukul
berapa dah ni.
Nanti lambat pula
abang ke sekolah.”
Mereka berdua menyalam
ibu mereka lalu
pergi. Di sekolah
Amir memasuki dewan
peperiksaan dengan kaki
kanan. Dia duduk
di mejanya dan
menarik nafas. “Sesungguhnya, hari ini
hari terakhir peperiksaan percubaan,
aku perlu jawab
dengan baik.” Amir membaca bismillah
sebelum menjawab soalan.
Alhamdulillah Amir dapat
menjawab dengan tenang.
Tamat sahaja waktu
menjawab kertas terakhir
satu dewan berasa
lega dan sorak
keriangan. Pn. Faridah
lalu berkata “amboi!
kamu semua bagai
sudah habis menduduki
SPM pula. “Haha cikgu,
biasalah asal habis
saja peperiksaan kami
mesti berasa gembira.
Lega, dapat berehat
di rumah.” Jawab
Akram dan disokong
oleh Amir dan
Fariz. “Fariz, Akram,
Aku balik dulu
ya. Adik aku
tengah tunggu tu.”
“OK. Jumpa nanti Assalamualaikum.” Akram
berkata “Waalaikumsalam.” Amir
menjawab lalu pergi
untuk mengambil adiknya
pulang.
Petang itu,
Amir membawa adiknya
bersiar-siar di peti
pantai. “Abang, bagaimana
dengan percubaan SPM
abang?” Siti menanya
abangnya yang hanya
terdiam sejak tadi. “Alhamdulillah, abang
dapat menjawab semua
soalan.” “bila abang
dapat keputusan abang?”
Siti bertanya lagi.
“Abang rasa dalam
masa dua ke
tiga minggu mungkin,
kenapa Siti tanya
semua soalan ni?”
Amir bertanya adiknya
pula. “Habis itu
abang dari tadi
senyap saja. Abang
tengah risau ke?”
“Entahlah Siti, abang
tengok ibu itu
macam makin lemah
saja. Dulu dia
buat kerja cepat
saja. Tetapi sekarang
abang tengok dia
sukar untuk melakukan
kerja hariannya.” Kata
Amir “Mungkin ibu
sudah tua, biasalah
bila usia meningkat
tenaga berkurang.” Siti
jawab dengan yakin.
“Wah ! pandainya adik
abang berkata-kata.” Amir
terkejut mendengar kata-kata
adiknya. “tengoklah adik
siapa.” Siti senyum
lebar menjawab kata-kata
abangnya itu. Amir
tertawa lalu memeluk adiknya dan
berkata “Adik abanglah!”.
Mereka pulang ke
rumah setelah jam
menunjuk pukul 6.
“Assalamualaikum ibu ! kami
dah pulang.” Siti
memberi salam memberitahu
yang mereka sudah
pulang. “Waalaikumsalam, suka tak abang bawa
Siti jalan-jalan tadi?”
Pn. Hafizah bertanya.
Siti jawab dengan
penuh ceria, “mestilah
suka! Abang dukung
Siti tadi.” “Wah
yakah? Untung Siti
ada abang macam
abang Siti.” Pn.
Hafizah memuji Amir.
“Siti tahu.” Siti
jawab sambil senyum
memandang abangnya. “Abang
pun beruntung mempunyai
dua orang wanita
yang sentiasa menceriakan
hidup abang.” Amir
berkata sambil memeluk
ibu dan adiknya.
Beberapa minggu
kemudian Amir mendapat
slip keputusan peperiksaan
percubaan SPM. Amir
berasa sangat gembira
kerana mendapat A dalam
semua matapelajarannya. Amir
berlari ke taska
adiknya dan menjerit
“Siti ! jom balik!
Abang nak tunjuk
keputusan abang dekat
ibu!” Siti berlari
keluar dan bertanya,
“abang dapat berapa
A?” “Abang dapat
9A Siti, jom
jumpa ibu.” Mereka
berdua berlari untuk
mendapatkan ibu mereka.
Setibanya mereka di rumah “Assalamualaikum ! ibu, Amir nak
tunjuk ibu sesuatu.”
Namun tiada sesiapa yang
menjawab. Mereka berdua
hairan. Siti memberi
salam lagi, tetapi
suara ibunya tidak
kedengaran. Mereka berdua
mencari ibunya di dalam rumah.
Tiba-tiba “ABANG ! mak
dekat dapur!” Amir
berlari ke dapur
dan melihat ibunya
terbaring atas lantai,
Siti yang sedang
duduk di sebelah
jasad ibunya menangis
teresak-esak. Air mata
Amir mula membasahi
pipinya. Amir pergi
ke ibunya, “ibu
bangun ibu, ibu
jangan main-main dengan
abang ibu. Abang
nak tunjuk slip
keputusan abang ni.
Abang dapat 9A
ibu. Ibu bangunlah.
Jangan pergi ibu, janganlah
tinggalkan kami. ibu!”
Amir menangis sambil
memeluk tubuh ibunya.
Selepas selesai pengebumian
ibunya, Amir dan
Siti hanya duduk di sebelah
kubur ibunya. Fariz,
Akram, dan Pn.
Faridah risau melihat
keadaan Amir yang
akan menduduki SPM
tidak lama lagi.
Fariz berkata kepada
Amir, “Amir, kau
tak nak balik
ke?” Amir menjawab
dengan tenang “kau pergilah dulu,
biar kami berdua
di sini.” Selepas
semua sudah beredar
Amir berkata kepada
kubur ibunya, “Ibu,
kenapa ibu? Ayah
sudah tiada tapi
mengapa ibu perlu
pergi juga. Siapa
hendak menjaga kami
ibu. Siapa hendak
memberi kasih sayang
seorang ibu kepada
kami. Siapa yang
akan mendoakan kami ibu?”
“Ibu, siapa akan
masakan Siti lauk
kegemaran Siti? siapa akan
mencium dahi Siti
sebelum ke taska?
Ibu, Siti masih
perlukan ibu tapi
mengapa ibu perlu pergi sekarang?”
Siti menyambung kata-kata
abangnya. Amir sedar
bahawa ini semua
ketentuan Allah. Amir
mencapai tangan adiknya
dan mengajak dia
pulang.
Amir dan
Siti kini di
bawah jagaan datuk
mereka. Di sekolah
Amir sering kemurungan.
Dia tidak aktif
seperti dulu dan
dia tidak senyum
sekerap dulu. Guru-guru
Amir risau akan
keadaan Amir yang
sudah hilang semangat
untuk belajar setelah
kehilangan ibunya. Keputusan
Amir dalam ujian
ringkas semakin merosot.
Guru-gurunya cuba membantunya
dengan memberi nasihat
dan kata-kata semangat
namun Amir tidak
berubah. Baginya sudah
tiada gunanya untuk
meneruskan kehidupan setelah
kedua-dua orang yang
sangat dia sayangi
sudah tiada dalam
hidupnya. Pn. Faridah
memberi tahu datuknya
akan keadaan Amir
di sekolah. Di
rumah datuknya menasihatinya
agar dia kuatkan
semangat kerana semua
ini ketentuan Allah.
Amir hanya mengangguk
lalu menuju masuk
ke dalam biliknya.
Siti simpati akan
keadaan abangnya, lalu
dia pergi ke
dalam bilik abangnya
itu. Dia melihat
abangnya sedang bersila
atas katil. Lalu
Siti pergi ke
abangnya dan duduk
atas riba abangnya.
Amir memeluk tubuh
kecil adiknya itu.
Dia berasa tenang
apabila ditemani adik
kesayangannya itu. Siti
bertanya “Abang rindu
ibu?” “rindu.” Amir
menjawab ringkas “samalah
dengan Siti.” Jawab
Siti. Siti bertanya
lagi “bila peperiksaan
SPM sebenar abang?”
“bulan depan Siti.”
Amir menjawab. “Abang
tidak mengulangkaji pelajaran
ke?” soal Siti
sekali lagi. Amir
terdiam. Siti berkata
lagi “Siti ingat
lagi pesan abang
ketika Siti mengadu
yang Siti rindu
akan ayah.” “apa
yang abang pesan.”
Tanya Amir. “ketika
itu ibu masih
ada jadi abang
suruh menjaga ibu
baik-baik tetapi kini
ibu sudah tiada
maka abanglah yang
Siti perlu jaga.”
Amir terdiam mendengar
kata-kata adiknya. Dia
teringat pesanan ibunya
dahulu. “Amir belajar
pandai-pandai ya, biar
Amir hidup senang
nanti. Bolehlah Amir
jaga Siti dengan
baik.” Selepas teringat
pesanan ibunya Amir
sedar bahawa tanggungjawabnya adalah
untuk menjaga adiknya.
Amir memeluk adiknya
dan berkata “Siti
tolong abang ya,
tolong abang berjaya
supaya abang dapat
menjaga Siti dengan
baik nanti.” “Bagaimana
Siti hendak bantu
abang? Siti baru
lima tahun.” Siti
soal kehairanan. Amir
tersenyum dan berkata
“Siti perlu sentiasa
berada disisi abang.
Baru abang ada
semangat.” Siti menjawab
dengan menyuman yang
lebar “yes boss!” “Eh !
Tiru ayat abang.”
Amir tertawa bersama
adiknya. Itulah kali
pertama Amir tersenyum
setelah kehilangan ibunya.
Selepas itu Amir
gigih mengulangkaji pelajaran.
Semangatnya kini sudah
kembali dan dia
lebih fokus dalam
pelajaran. Guru-guru dan
rakan-rakannya kini tidak
risau lagi melihat
Amir yang tekun
belajar.
Tiba masanya
Amir akan menduduki
peperiksaan sebenar SPM.
Malam sebelumnya Amir
bermimpi. Dia bermimpi
berjumpa dengan kedua
ibu bapanya. Dalam mimpi
itu Amir terduduk
melihat mereka berdua.
“ibu, ayah, Amir rindu
ibu dan ayah.
Bagaimana Amir hendak
menjaga Siti seorang diri?”
“Amir, jagalah dia
dengan penuh kasih
sayang kerana itulah
perkara yang paling
berkuasa sekali. Amir
jangan lupa pelajaran
juga penting.” Amir
mengangguk mendengar nasihat
ibunya. Ayahnya lalu
menyambung “Amir akan
menduduki SPM esok betul?
Jawab baik-baik ya
sesungguhnya SPM akan
menentukan masa depan
Amir. Kami berdua
sentiasa berada dalam
hati Amir, kirimkan
salam kami kepada
Siti ya, kata ibu
dan ayah sangat
menyintainya.” Dahi Amir dicium
dan mereka berlalu
pergi. Dengan mimpi
itu semangat Amir
mula meningkat. Setiap
hari sebelum ke
sekolah Amir akan
mencium dahi adiknya
dan berkata “Siti
doakan abang dapat
jawab dengan tenang
ya.” Perkara yang
sama dia lakukan kepada ibunya
ketika hendak menduduki
peperiksaan percubaan SPM.
Setiap kali abangnya
pulang ke rumah
Siti akan bertanya
bagaimana dengan peperiksaan
yang diduduki. Hubungan
adik-beradik ini semakin rapat
dan kasih sayang
antara mereka semakin
kuat.
Pada bulan
tiga tahun seterusnya
Amir akan mengambil
keputusan SPM. Sebelum
dia pergi dia
memeluk adiknya dan
meminta mendoakannya. Siti
menjawab “Siti sentiasa
mendoakan abang.” Amir
tersenyum mendengar kata
adiknya. Di dewan
sekolahnya ramai yang
sedang menunggu Guru
mengumumkan pelajar yang mendapat
A dalam semua
matapelajaran. Amir hanya
mampu berdoa. Slip-slip
keputusan di tangan
guru semakin nipis
tetapi namanya belum
disebut. Amir mula
hilang semangat apabila
nama Fariz dan
Akram sudah di
panggil. Tiba-tiba “dan
akhir sekali Muhammad
Amir Syafiq Bin
Rusly.” Amir terkejut
mendengar namanya dipanggil
dalam senarai pelajar
yang mendapat A
dalam semua matapelajaran. Amir
berasa amat gembira
sehingga mengeluarkan air
mata. Amir berjumpa
dengan semua guru-guru
dan rakan-rakannya untuk
mengucap terima kasih.
Satelah berjumpa dengan
semua orang Amir
berlari pulang ke
rumah untuk mendapatkan
adiknya. “Siti! Abang dapat
9A!” Amir menjerit
memanggil adiknya di rumah tetapi
Siti tiada. “Atuk!
Siti di mana?” Amir
menanya datuknya. “eh?
Dalam bilik tak ada ke?”
datuknya menjawab dengan kehairanan.
Amir melihat tingkap
bilik adiknya terbuka
luas lalu berlari
mencarinya diluar. “Siti !
Siti !” Amir menjerit
mencarinya diseluruh kampung. Puas
Amir mencari dan
bertanya kepada semua
penduduk kampung tetapi
masih tidak dapat
dikesan. Amir
pergi ke pantai
yang dia selalu
membawa adiknya bersiar.
Amir melutut dan
berkata “Ya Allah, engkau
telah mengambil bapaku
dariku, kemudian engkau mengambil
ibuku pula. Ya
Allah janganlah engkau
mengambil adikku. Sesungguhnya
dia saja yang
aku ada. Dialah
yang menberi semangat
kepadaku. Ya Allah pulangkanlah
adikku Ya Allah
sesungguhnya aku tidak
dapat hidup tanpanya.”
Amir hanya mampu
menangis di tepi
pantai itu. Tiba-tiba
suara kecil dating
dari belakang. “kenapa
abang menangis?” Amir
melihat adiknya lalu
memeluknya dengan erat.
“Siti pergi mana?
Abang risau Siti
tak ada dekat rumah,
Siti
janganlah kemana-mana tanpa
pengetahuan abang, abang
nak buat apa
kalau Siti tiada?.”
Siti hanya mendiamkan
diri dan menarik
tangan abangnya. Amir
ikut kemana adiknya
membawanya. “Adik tahu
Abang mesti dapat
9A jadi adik
buatkan ini untuk
abang.” Amir melihat
di lantai yang
berpasir. Di situ
tertulis ucapan adiknya. ‘tahniah abang!’
di sebelah ucapan
itu ada istana
pasir. Amir rasa
terharu akan perbuatan
adiknya itu. Amir
menunduk dan berkata
“Terima kasih Siti!”
lalu Amir mendukung
adiknya di atas
bahunya. Mereka berdua
bermain keriangan di
tepi pantai itu.

.jpg)



























